Thursday, October 1, 2009

TERNAKAN RUSA DI TEMERLUH

























































Bermula pada pertengahan tahun 2008 dengan bilang baka induk sebanyak 16 ekor tediri daripada 2 induk jantan dan 14 induk betina. Pada akhir 2009, ternakan kami mencecah kepada 30 ekor dimana kesemua induk betina telah melahirkan anak. Ternakan rusa ini tidaklah serumit seperti yang disangkakan berbanding dengan ternakan lembu dan kambing. Dagingnya sedap dan tidak mempunyai banyak lemak.

Dengan berkonsepkan kandang terbuka, dimana pagarnya mengelilingi ladang kelapa sawit, ternakan rusa kami dibiarkan bebas. Ini membolehkan rusa-rusa ini memakan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak membiak disekitar ladang sawit. Dengan cara ini kos bagi membeli dedak dapat dikurangkan memandangkan harga dedak sekarang semakin naik. Pemakanan dedak juga boleh diberi tetapi hendaklah diselang-selikan dengan daun-daun atau rumput-rumput segar yang boleh didapati dari hutan ataupun kebun-kebun.

Pada hari Ahad, yang lalu di Pekan Sehari Temerluh... Kami Bermula dengan membuat promosi daging rusa segar dengan menyembelih salah seekor rusa jantan yang berusia hampir 3 tahun. Promosi ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan di mana kesemua daging rusa habis dijual walaupun harga dagingnya mencecah RM60 sekilo.




Wednesday, September 30, 2009

MEMBEKAL ANAK BENIH NANGKA MADU






















siapa berminat ingin membeli anak pokok nangka madu....sepokok rm12....
siap penghantaran....

Hubungi:
En. Shamsuddin (Marketing Manager)
SHSEGAR ENTERPRISE SDN BHD
No HP: 012-361 7576 / 019-207 6390


Artikel Mengenai Penanaman Nangka Madu

BANDAR JENGKA: Seramai 80 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kerdau dari Kampung Gunung Senyum dekat sini mengusahakan 40 hektar tanah kosong terbiar dengan tanaman nangka madu bagi memenuhi permintaan tempatan dan luar negara.

Pengerusi Jemaah Pengurus PPK Kerdau Borhan Nordin Hamid berkata sejumlah 10,000 batang pokok nangka madu mula ditanam sejak setahun lalu dan dijangka mengeluarkan hasil tidak lama lagi.

Katanya, usaha penanaman nangka madu mendapat kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP) berikutan agensi itu mengeluarkan bantuan sejumlah RM240,000 bagi memastikan projek pertanian PPK sentiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan ahlinya di samping menggalakkan mereka mengusahakan tanah kosong terbiar dengan kegiatan pertanian yang memberikan keuntungan.

“Nangka madu dijangka mampu mengeluarkan hasilnya selepas 18 bulan ditanam jika penjagaan dan pembajaannya dilakukan secara bersistematik serta mematuhi piawaiannya.

“Dijangkakan pekebun kecil mampu menikmati pendapatan bulanan sehingga RM2,000 sebulan setiap hektar berikutan harga buah nangka madu yang semakin tinggi di pasaran,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Borhan berkata, nangka madu jenis Mastura adalah paling terkenal dan sesuai ditanam di kawasan berkenaan serta mampu mengeluarkan buah yang bermutu tinggi sehingga boleh dieksport ke luar negara.

Mengenai pemasaran nangka madu, beliau berkata pihaknya sudah mengadakan tinjauan awal dan mendapati permintaan nangka madu adalah tinggi di pasaran tempatan terutama kepada peniaga pekan sehari dan pasar raya.

Katanya, dengan adanya sumber pemasaran boleh membantu pekebun kecil memasarkan hasil pertanian mereka sekaligus memberikan pendapatan tetap kepada pekebun kecil yang mengusahakan tanaman itu.

Beliau berkata, harga runcit buah nangka madu yang dijual peniaga tempatan boleh mencecah antara RM3 dan RM4 sekilogram berikutan kandungan vitaminnya sesuai untuk pertumbuhan badan.